Carian Sungguh ker?

Agama (11) Automobil (2) Binatang (11) Bisnes (1) Blogger (1) Budaya (1) Dialek (4) Dunia (12) Filem (2) Haiwan (1) Hiburan (22) Kesihatan (9) Macam-macam (39) Makanan (4) Negara (4) Politik (1) Sejarah (1) Seni (2) Serantau (3) Sosial (11) Sukan (23)

Thursday, April 19, 2012

Home » » SEKSUAL NAIK!

SEKSUAL NAIK!

Jenayah seksual naik 36 peratus


LAMAN sosial seperti Facebook didakwa antara punca kes jenayah seksual terhadap remaja semakin berleluasa. – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.
“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.
“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.


SK? - INI SALAH SIAPA? PEMERINTAH ?

SUMBER KOSMO

Ada satu lagu yang mungkin ada berkaitan dengan artikel diatas disamping kita ambil iktibar..


2 comments:

EG said...

Entahla, banyak sangat punca benda2 macam ni berlaku.

FIRDAUS HUSAIN said...

macam-macam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...